Jangan lupa, juraian meteor Geminids akan memuncak pada 13 dan 14 Disember ini. Ia berlaku apabila Bumi melintasi kawasan laluan komet 3200 Phaethon. Habuk dan debu peninggalan komet inilah yang akan membentuk hujan meteor Geminids.
Bulan yang berumur 15 hari (15 Zulhijjah) akan menyinari langit sepanjang malam. Dijangkakan secara purata 30 meteor sejam akan dapat dilihat berbanding angka asal 120 meteor sejam. Namun, jumlah ini pun sudah cukup menjadikan fenomena ini berbaloi untuk dicerap.
[TAMBAHAN: Jumaat ini , Bulan Penuh yang akan berlaku merupakan Bulan penuh paling besar di antara banyak-banyak bulan penuh! ;-) Maksudnya, Bulan berada dalam kedudukan perigee, iaitu paling hampir dengan Bumi. Oleh itu, ia kelihatan 14% lebih besar dari Bulan Penuh lain sepanjang 2008.Apa lagi, snap snap lah! ]
Falak Online akan menganjurkan aktiviti cerapan di Pantai Kelanang. Lihat DI SINI . InsyaAllah saya akan kemaskinikan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Ketua penganjur, bro Muzamir akan turut update melalui forum.
Jom Teropong!


