Cuaca berjerebu di sekitar Kuala Lumpur, namun planet Kejora dan Zuhal masih boleh kelihatan di langit yang kemerahan. Walaupun tidak secerah seperti hari-hari sebelum ini.
Menerusi mata kasar, Kejora dan Zuhal boleh dilihat jelas hampir antara satu sama lain. Tetapi yang paling menarik ialah apabila ia dilihat menerusi teleskop. Saya menggunakan teleskop 10" f/4.5 dengan kanta mata yang paling kecil magnification-nya, dan telah berjaya memuatkan kedua-dua planet ini di dalam satu view yang sama!
Kejora jelas kelihatan bentuk sabitnya, manakala Zuhal dengan gelangnya. Cukup menakjubkan, apabila difikirkan kedudukannya di angkasa lepas. Kejora ketika ini berada antara Bumi dan Matahari, manakala Zuhal berada di "belakang" matahari!
Agak malang, saya tak dapat ambil foto kedua-duanya menerusi teleskop.
Foto-foto telah di muatkan di dalam Galeri FalakOnline , dan juga di dalam Forum FalakOnline .
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.