Fotografi dan Astronomi sudah menjadi sinonim dan tidak boleh dipisahkan. Hari ini, kedua-dua bidang yang dinamik ini sudah menjadi satu dan mendapat nama baru iaitu astrofotografi.
Fotografi dan Astronomi sudah menjadi sinonim dan tidak boleh dipisahkan. Hari ini, kedua-dua bidang yang dinamik ini sudah menjadi satu dan mendapat nama baru iaitu astrofotografi.
Jumaat ini, sedar atau tidak, merupakan fenomena Bulan Perigee sekali lagi. Bulan perigee bermaksud ia pada jarak yang paling hampir dengan Bumir di dalam orbit sebulannya.
Oleh itu, jangan rasa pelik jika Bulan Purnama yang kelihatan esok nampak macam besar sikit, kerana ia memang pun agak besar, iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang!
Fenomena juraian Geminids sudah pun tamat. Beberapa ahli FO telah melakukan aktiviti di pelbagai lokasi dan dengan hasil yang begitu memuaskan. Sila lihat laporan INI dan INI. Namun, saya sendiri teruja dengan keupayaan kamera DSLR dalam menghasilkan potrait langit yang cukup indah. Merujuk kepada aktiviti Geminids, saya telah melakukan beberapa eksperimen dengan hanya menggunakan Canon 300D dan lens 50mm f/1.8.
Terima kasih diucapkan kepada bro Redzuan kerana dari dulu lagi memujuk saya membeli lens tersebut dan memang hasil yang berbaloi. Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang fotografi, namun jika saya dapat hasilkan beberapa siri foto langit seperti INI, saya yakin anda semua boleh sama-sama turut mencuba.
Apa yang anda perlu ialah lokasi yang baik. Gelap dan jauh dari sebarang cahaya bandar. Lokasi di Gopeng cukup bagus, tetapi tidak pada keseluruhan langit. Menerusi foto yang di ambil oleh Redzuan di Bukit Fraser, kita semua boleh lihat betapa keadaan langit gelap membolehkan kita mendapat hasil yang cukup memuaskan. Dedahan selama 8 atau 10 saat pun sudah memadai mengambil gambar buruj tanpa kesan trailing.
Cukup menarik untuk diterokai lagi!
Petang tadi, saya ambil peluang dari masa yang terluang untuk merekod imej planet Venus menerusi teleskop 8" LX90 dengan menggunakan TouCam Pro. Disebabkan pada waktu itu, planet ini sudah agak rendah, saya terpaksa angkut teleskop naik tingkat 2, dan mencerap menerusi tingkap ;-) . Suhu yang tidak seimbang di dalam rumah dan luar, beserta kedudukan altitud planet yang rendah menyebabkan keadaan planet ini seperti bergelora.
Rock Mallin sekali lagi telah memecah tradisi visual astronomy dengan memperkenalkan sebuah lagi produk baru bernama MallinCam VideoFinder. Alat ini menggunakan kamera video yang amat sensitif dan digabungkan dengan kanta wide-angle, lalu membolehkan ia menghasilkan sebuah medan penglihatan yang luas. Ia dengan mudah boleh dijadikan sebagai 'findercope' untuk teleskop yang sedia ada, dan memaparkan imej langit secara langsung atau Live di televisyen atau monitor PC.
Di sebelah merupakan sebuah nebula planetari yang digelar Dumbbell Nebula, M27, yang terletak di dalam buruj Vulpecula. Nebula ini digelar sedemikian rupa kerana bentuknya seperti sebuah dumbbell (alat angkat berat).
Pada malam yang sama ketika saya merakam imej-imej Nebula Omega, M13, M22 dan M28 serta Ring Nebula, keadaan langit di kawasan pusat Bima Sakti kita, iaitu di antara buruj Sagittarius dan Scorpio, bebas dari awan.
Berikut merupakan sebuah ringkasan mengenai peralatan cerapan yang saya gunakan semasa aktiviti pencerapan.