utarid

Himpunan Zuhrah dan Utarid

Tag: himpunan planetari, jom teropong, utarid, zuhrah, arkib

Planet Zuhrah dan Utarid sekali lagi akan berhimpun di langit beberapa hari mendatang ini. Perhatikan arah Barat, di lokasi di mana matahari terbenam. Mulakan pemerhatian sekitar jam 7.30 PM. Zuhrah akan kelihatan seperti sebutir 'bintang' yang amat cerah. Kemudian, dengan teliti cuba lihat ke arah kanan bawah darinya. Planet Utarid akan kelihatan seperti sebutir bintang yang kecil mendampingi Zuhrah.

Kedua-dua planet ini akan kelihatan bergerak bersama-sama ke arah kanan selama 3-4 hari sebelum Utarid kembali menjunam rendah ke arah ufuk meninggalkan Zuhrah keseorangan. Lagi »

Siap sedia penemuan terbaru dari Utarid

Tag: misi angkasa, utarid, arkib

Para saintis di NASA sedang bersiap sedia untuk menerima data daripada proba angkasa MESSENGER yang kini sedang melintasi planet Utarid pada jarak hanya 142 batu sahaja!
Selain daripada imej-imej beresolusi tinggi yang dijangka dapat dirakam oleh MESSENGER, terdapat suatu lagi pemerhatian yang cuba dicapai oleh para saintis, iaitu penyiasatan terhadap medan magnetiknya.

Bulan menggapai Utarid dan Seven Sisters petang ini - 26 Apr 2009

Tag: bulan, himpunan planetari, jom teropong, seven sisters, utarid, arkib

Sekali lagi buat dalam masa seminggu, Bulan akan lakukan sebuah perhimpunan dengan sebuah lagi planet, iaitu Utarid. Tetapi kali ini ia akan kelihatan di ufuk Barat, selepas waktu Maghrib. Kali ini ia agak rendah di langit namun, saya rasa dengan cuaca di pantai barat yang panas dan kurang berawan beberapa hari lepas akan memungkinkan kita menjejaki pasangan objek ini. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system