astrofoto

Langit dari Gunung Kinabalu

Tag: astrofoto, arkib

Tidak ada perasaan yang akan dapat menggambarkan betapa indahnya langit yang dihiasi ribuan bintang yang bertaburan di segenap penjuru ufuk langit.

Kerlipan bintang seolah-olah memanggil-manggil manusia di bumi untuk melihat keindahan dirinya yang cukup istimewa dan eksotik.

Begitulah yang mungkin dapat digambar menerusi sebuah foto yang menakjubkan daripada ahli FO kita, William aka universe24.

Foto all-sky ini diambil ketika beliau mendaki ke puncak Gunung Kinabalu. Lagi »

Astrofoto Hari Ini - Bulan muda 32 jam

Tag: astrofoto, bulan, arkib

Bulan sabit muda merupakan satu pemandangan yang amat indah, lebih-lebih lagi jika digabungkan dengan elemen pemandangan terestrial yang lain. Oleh itu tidak harian hairan jika ia sering menjadi tumpuan peminat astronomi dan jurugambar yang ingin merakamnya sebaik mungkin.

Namun begitu, untuk menjejakinya amat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Gabungan faktor-faktor seperti lokasi, cuaca setempat dan kehadiran awan di langit akan menentukan nampak atau tidak serta indah atau tidak hasil foto tersebut. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system