|
Seringkali kita mahu mendapatkan kedudukan koordinat komet-komet berada di langit. Berbekalkan perisian-perisian astronomi yang ada, kita boleh menghasilkan efemeris yang tepat, dengan menggunakan elemen-elemen orbit komet tersebut.

Nota: Imej disebelah bukanlah bentuk sebenar hilal. Ia hanya sekadar ilustrasi sahaja.
Berita daripada laman web Bernama baru-baru ini menyatakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada hari Jumaat, 22 Sep 2006, bersamaan 29 Syaaban 1427 Hijrah.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen
Lokasi melihat anak bulan adalah seperti berikut...
Masih ingatkah anda objek bernombor 2003 B313 (ada yang menggelarnya planet ke-10) , yang diberi nama sementara, Xena? Ia dijumpai oleh Michael E. Brown (Caltech) pada 29 Julai 2005, dan mengumumkan objek Kuiper Belt ini sedikit besar daripada planet Pluto.
Dan baru-baru ini, selepas begitu banyak kontroversi, IAU telah mengumumkan penurunan taraf Pluto daripada status planet , dan ia beserta dengan objek 2003 UB313 ini, akan digelar sebagai "planet kerdil". Maka, dengan definisi baru yang telah pun ditetapkan ini, 2003 B313 sudah layak untuk diberi nama secara rasmi, dan nama yang dipilih ialah Eris.
Planet kerdil Eris ini juga mempunyai sebuah bulan, yang turut diberi nama baru, iaitu Dysnomia.
Jawatankuasa kecil IAU telah bersetuju sebulat suara dengan nama tersebut dan diperakui sah oleh Jawatankuasa Eksekutif IAU.
Sebuah objek yang diberi nama "Buffy" telah ditemui oleh ahli astronomi, pada jarak 58 kali lebih jauh dari matahari berbanding bumi, dan dua kali lebih jauh berbanding planet Neptune. Apa yang memberi persoalan di sini ialah keadaan satah orbitnya yang jauh lebih senget (47 darjah) berbanding ahli-ahli lain sistem suria kita, dan bagaimanakah kawasan luaran sistem suria kita terbentuk.
Juraian meteor GEMINIDS pada tahun ini akan berlaku ketika Bulan hampir dalam fasa Bulan Penuh. Oleh itu, walaupun pada asasnya Geminids merupakan satu juraian yang aktif, dengan hampir 60 biji meteor boleh dilihat dalam masa sejam, namun kali ini hanya yang tercerah sahaja yang mungkin dapat dilihat oleh kita.
Satelit planet Zuhal bernama Enceladus, didapati masih lagi aktif secara geologi. Imej yang diambil oleh kapal angkasa Cassini mendapati terdapat kesan partikel-partikel ais halus sedang disembur keluar dari kawasan kutub selatan satelit ini. Ini dipercayai berasal dari zon-zon panas di kawasan ini.
Bulan Zulkaedah menjelang kembali, dengan iringi tarian objek-objek cakerawala yang tercerah di langit iaitu Bulan dan Kejora.
Sambil-sambil mencari maklumat berguna cara-cara untuk mengambil rakaman video ketika fenomena gerhana matahari, saya terjumpa laman web yang dibuat oleh Fre Bruenjes, menceritakan pengalamannya mencerap gerhana matahari dari benua Antartika pada tahun 2003.
Kapal angkasa Hayabusa telah pun berjaya mendarat di permukaan sebuah asteroid hari ini (8 pagi waktu Jepun) bagi mengumpul sampel permukaan asteroid tersebut untuk dibawa pulang ke Bumi, menurut jurucakap JAXA.
Hayabusa mendarat hanya beberapa saat sahaja - memadai untuk mengumpul debu-debu permukaan asteroid yang bernama Itokawa, sempena nama mendiang Dr. Hideo Itokawa, bapa pembangunan program angkasa Jepun.
Alhamdulillah, perjumpaan di Astronomy Fair yang diadakan di Summit USJ, semalam (Ahad), telah berjaya dijalankan.
Sebuah perjumpaan informal Falak-Online akan diadakan di Summit USJ, bersempena
dengan Astronomy Fair yang akan diadakan bermula esok hingga Ahad ini.
Kawasan sekitar gerai salah seorang ahli forum Falak-Online, sdra CK, akan
menjadi tempat perjumpaan ini.
Press Release for “THE SUMMIT ASTRONOMY FAIR 2005”
[Hantar komen & pertanyaan anda di sini]
For the first time in the Klang Valley, an event called “The Summit Astronomy Fair 2005” will be held in The Summit Subang USJ Shopping Centre from 18 to 20 November 2005.
Awal pagi tadi, langit agak cantik di kawasan sekitar buruj Orion, walaupun hadir lapisan awan nipis di lain-lain kawasan langit.
Ahli astronomi menggunakan Teleskop Angkasa Hubble telah menemui 2 buah satelit baru sedang mengelilingi planet Pluto. Penemuan ini menjadikan jumlah satelit bagi planet ke-9 ini kepada 3 buah kesemuanya, dan menjadikannya sistem berganda Kuiper Belt yang pertama ditemui.
Planet Marikh akan berada paling hampir malam ini (29 Oktober). Dan paling menarik kali ini ialah kehadiran sebuah lagi ribut pasir gergasi yang sedang melanda permukaan Marikh dan boleh dilihat menerusi teleskop di bumi!
Imej di sebelah menunjukkan dengan jelas keadaan dan saiz ribut tersebut. (Klik imej untuk capai versi saiz sebenar)
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Rabu, 2 November ini bersamaan 29 Ramadan. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang diperkenankan akan melihat anak bulan Syawal pada petang hari berkenaan di 28 tempat di seluruh negara.
Majlis Raja-Raja bersetuju cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu akan mengisytiharkan tarikh Aidilfitri melalui radio dan televisyen.
Sumber: Berita Harian
Cuba anda pandang ke arah timur, sekitar jam 9 atau 10 malam. Anda akan dapat melihat sebuah objek yang seperti sebiji bintang yang amat cerah, berwarna kekuningan.
Cuba anda pandang ke arah timur, sekitar jam 9 atau 10 malam. Anda akan dapat melihat sebuah objek yang seperti sebiji bintang yang amat cerah, berwarna kekuningan. Malah, objek ini jauh lebih menyinar berbanding bintang-bintang yang ada disekitarnya, dan begitu senang untuk dilihat walaupun anda berada di kawasan bandar yang teruk dilanda pencemaran cahaya.
Ini lah planet Marikh, dan sedar atau tidak, ia sedang bergerak hampir dengan bumi pada akhir Oktober dan awal November 2005 ini!
Penemuan sebuah objek 2003 UB313 yang dikatakan mempunyai saiz lebih besar dari planet Pluto, telah menimbulkan banyak kekeliruan dan mengungkit pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai berkenaan status objek tersebut. Tambah menimbulkan kekeliruan, objek ini telah diberi nama "Xena" . Dan banyak berita-berita yang memberi gelaran "Planet ke-10" . Saya turut dapati masih ramai yang bertanya berkenaan status sebenar objek ini, samada menerusi laman web ini ataupun di laman web KUSZA.
Sebuah ribut pasir yang besar sedang melanda planet Marikh ketika ini, dan ia boleh dilihat dengan menggunakan teleskop bersaiz sederhana dan besar.
Imej di sebelah diambil oleh Larry Owens dari Atlanta, Georgia, menggunakan teleskop 14-inch Celestron. Dan ia dirakam menggunakan alat rakaman Celestron NextImage.
Malam ini, Marikh akan berada lebih kurang 5 darjah ke kanan dari Bulan.
Jikalau anda masih tidak pasti yang mana satu antara banyak-banyak objek di langit ialah planet Marikh, gunalah peluang malam ini untuk mencari dan menjejakinya.
Jom Teropong..
Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadat puasa Ramadan pada Rabu
ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim
Engku Ngah mengisytiharkan Isnin malam.
Pada petang ini, maka berlangsunglah sekali lagi aktiviti mencerap
Hilal Ramadhan di seluruh negara. Hubungilah jabatan mufti negeri
masing-masing untuk mengetahui dengan lebih lanjut di mana tempat
cerapan yang boleh diikuti oleh orang awam.
Selamat Mencerap!
Ahli astronomi yang menjumpai " Planet ke-10 " tempoh hari telah membuat satu lagi penemuan, "planet" tersebut mempunyai sebuah bulan!
Sekumpulan ahli astronomi yang diketuai oleh Micheal Brown yang memerhatikan "planet" ini sejak dari bulan lepas, telah ternampak sebuah objek kecil yang sentiasa mengekori pergerakan "planet" ini. Ahli astronomi menganggapnya sebagai sebuah bulan dan bukannya bintang-bintang yang berada di belakang.
Malam ini (22 Sep), sebaik sahaja Bulan terbit di langit sebelah timur (lebih kurang tengah malam), gunalah teleskop berkuasa rendah atau lebih baik guna binokulars, dan ceraplah ke arah objek ini.
Anda akan dapat lihat di sebalik Bulan, akan wujud serumpun bintang di sebelahnya. Rumpun bintang itu ialah gugusan bintang M45 atau Pleaides, atau juga dikenali sebagai The Seven Sisters.
Assalamualaikum wbt.
Konvensyen Falak Syarie Negeri Selangor 2005 akan berlangsung pada
24 & 25 SEPTEMBER 2005
bersamaan 20 & 21 Sya'ban 1426
Jangan lupa untuk sama-sama hadiri konvensyen tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Hairul Anuar di talian 03-55143718
InsyaAllah kita akan Jumpa di sana!
Assalamualaikum wbt.
Konvensyen Falak Syarie Negeri Selangor 2005, yang ditunda baru-baru ini akibat jerebu, akan diadakan pada tarikh berikut:
24 & 25 SEPTEMBER 2005
bersamaan 20 & 21 Sya'ban 1426
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Hairul Anuar di talian 03-55143718
InsyaAllah kita akan Jumpa di sana!
Alhamdulillah, petang tadi berpeluang untuk merakam gambar Bulan bersama-sama Kejora & Musytari.
Cuaca agak berawan tetapi masih boleh melihat ketiga-tiga objek tersebut.
Esok, Bulan akan berada hampir dengan Kejora. Lagi satu peluang fotografi
Petang sebentar tadi, sementara mengambil foto himpunan Kejora dan Musytari , ternampak secara tidak sengaja, bulan sabit muda yang berada betul-betul di atas bumbung rumah jiran-jiran saya!
Perhatikan esok dan lusa, Bulan akan menyertai kumpulan himpunan planet yang sedia ada.
Lihat imej yang diambil pada petang tadi (5 Sep) di sini.
Imej di sebelah ialah keadaan posisi planet Kejora (yang paling cerah) bersama-sama dengan Musytari di sebelah kanannya. Ia diambil di perkarangan kawasan UPM-MTDC, Serdang.
Langit ketika itu tidak secerah seperti semalam, tapi masih mampu membenarkan objek-objek ini kelihatan dengan mudah.
Kelihatan juga bintang Spica berada di sebelah atas kiri dari posisi kedua-dua planet ini.
Alhamdulillah , saya sempat merakam himpunan Kejora dan Musytari pada petang 1 Sep tadi, dari kawasan Masjid UPM, Serdang.
Hayunan samawi di antara Kejora dan Musytari, berterusan hari ini apabila kelihatan di langit petang, Kejora sudah berada di sebelah bawah Musytari. Perhatikan perbezaan posisi apabila dibandingkan dengan gambar yang diambil 2 hari lepas.
Sila ke Galeri Falak Online untuk melihat foto terbaru (30 Ogos) fenomena ini.
[Bincang di Forum] Update! Imej disebelah merupakan sebahagian imej yang diambil pada 28 Ogos 2005. Sila ke Galeri untuk melihat keseluruhan set imej.
Jika anda melihat ke arah langit sebelah barat, setiap kali selepas waktu Maghrib, anda akan dapat lihat dengan jelas kehadiran 2 buah objek seperti bintang yang bersinar begitu terang sekali.
Alhamdulillah, malam tadi berjaya juga untuk menyaksikan fenomena penghijaban Antares oleh Bulan. Walaupun dengan keadaan langit yang agak berawan, tetapi bebas dari jerebu, fenomena ini tetap dapat disaksikan dan dirakam menerusi video
Assalamualaikum wbt
Konvensyen Falak Syarie Negeri Selangor 2005 telah DITUNDA ke tarikh yang akan ditentukan kemudian. Harap Maklum!
Pada jam 8.45 malam, 14 Ogos 2005 nanti, kita akan dihidangkan dengan fenomena penghijaban atau occultation di antara Bulan dengan bintang Antares.
Apa yang berlaku di sini ialah, Bulan akan bergerak perlahan-lahan ke arah kedudukan bintang Antares, dan pada jam 8.45 PM waktu KL, ia akan melindungi atau menghijab cahaya dari Antares.
Dengan mata kasar, kita akan lihat Antares tiba-tiba hilang dari pandangan!
Terkini(13 Ogos). Laporan dari laman-laman web menyatakan juraian Perseids kali ini tidaklah begitu banyak. Dan memandang tarikh waktu puncaknya telah lepas, juraiannya mulai berkurangan. Namun bagi mereka yang masih berminat, teruskan cerapan anda!.
Ahli
astronomi telah menemui sebuah objek di dalam sistem suria kita yang
lebih besar saiznya daripada planet Pluto! Mereka menggelarkannya
sebagai planet ke-10. Tetapi gelaran itu masih kabur kerana definisi
perkataan "planet" itu sendiri belum mendapat persetujuan ramai.
Ini merupakan kali pertama objek sebesar itu ditemui sejak penemuan planet Pluto 75 tahun dahulu.
Pada awal pagi 30hb Julai 2005 nanti, kita akan disajikan sekali lagi dengan himpunan 2 buah objek cakerawala yang indah, iaitu Bulan dan gugusan bintang The Pleaides atau M45.
Kedua-dua objek ini akan dipisahkan sejauh 1.5 darjah sahaja. Jika kita menggunakan teleskop berkuasa amat rendah, kita akan dapat lihat kedua-duanya di dalam satu medan penglihatan yang sama.
Jabatan Mufti Negeri Selangor akan menganjurkan julung-julung kalinya, Konvensyen Falak Syarie Selangor 2005 pada 13 dan 14 Ogos 2005 bersamaan 8 -9 Rejab 1426 Hijrah, bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan klik banner di atas atau klik link INI.
Pada petang 21 Julai 2005, 14 Jamadilakhir 1426H, langit sebelah petang begitu indah dan jelas sekali.
Jika anda berada di luar rumah sebaik selepas solat Maghrib, sekitar jam 7.45 pm, di sebelah barat, kelihatan planet Venus dan sedang bersinar cerah pada magnitud -3.9 ! Di sebelah atas kiri dari Venus kelihatan bintang Regulus sedang menemani planet ini melungsuri langit barat.
Sebuah
planet mengelilingi sebuah sistem bintang yang mengandungi 3 buah
bintang, telah ditemui oleh Maciej Konacki (Caltech), menurut laporan
laman web skyandtelescope baru-baru ini. Sistem bintang ini diberi nama
HD 188753 terletak di dalam buruj Cygnus.
Artikel di bawah merupakan artikel yang pernah ditulis 10 Okt 2004 yang lalu. Ia dipamirkan semula buat rujukan pengunjung semua.
Artikel ini juga boleh dibincang menerusi forum di bawah bahagian "Peralatan & Tips Cerapan"
Di sebelah merupakan sebuah nebula planetari yang digelar Dumbbell Nebula, M27, yang terletak di dalam buruj Vulpecula. Nebula ini digelar sedemikian rupa kerana bentuknya seperti sebuah dumbbell (alat angkat berat).
Berikut merupakan sebuah ringkasan mengenai peralatan cerapan yang saya gunakan semasa aktiviti pencerapan.
Misi
Deep-Impact akhirnya telah sampai ke kemuncaknya, apabila probe NASA
tersebut menghentam komet Tempel 1 tepat pada 4 Julai 5.57 GMT
(bersamaan 1.57 PM Waktu Malaysia). Imej di sebelah merupakan keadaan
komet tersebut yang berjaya dirakam semasa kapal projectile sedang meluru laju ke ke arah komet tersebut!
Assalamualaikum wbt
Pada 30 Julai lepas, kamera Mallincam Pro Basic telah sampai ke tangan saya dari Kanada dengan selamatnya. Kamera yang dikatakan mempunyai kemampuan setanding dengan Watec 120 atau Stellacam II, dan mampu menghasilkan imej integrasi 2 saat yang sama kualitinya dengan 8 saat, dipilih kerana beberapa faktor:
Pada
23 Jun 2005 lepas , langit sebelah barat tiba-tiba cerah dan bebas
daripada awan. Sepanjang hari ini cuaca berjerebu disekitar KL. Jadi
saya agak terkejut melihat Zuhal, Venus dan Utarid begitu cerah di
langit. Apa lagi, terus capai digital kamera, dan ambil foto
ketiga-tiga planet ini, disebalik pokok, bumbung rumah jiran dan pasu
bunga atas pagar! :-) Disebabkan saya set kamera kepada night mode,
Assalamualaikum wbt.
Langit malam khasnya, merupakan mahkluk Allah yang cukup indah untuk diterokai. Bayangkan kita hidup di dunia yang mana malam tidak wujud, dan selama-lamanya kita dicurahi cahaya matahari!
Kehadiran bintik-bintik hitam yang berkelip-kelip, dan kadangkala kita boleh melihat kewujudan warna-warna selain putih, seolah-olah menggapai minda kita yang cetek ini, membuak-buak menyuruh kita mempelajari kewujudan mereka dan impaknya di dalam hidup manusia di bumi.
Misi Deep Impact, sebuah misi oleh NASA, akan melakukan sesuatu yang belum pernah dibuat sebelum ini. Pada 4hb Julai 2005 nanti, probe Deep Impact ini akan tiba di Komet tempel 1, dan menghentamkan dirinya ke permukaan komet tersebut. Hentaman probe yang berjisim hampir 370kg ini akan menghasilkan sebuah kawah yang besar (saiz kawah antara sekecil sebuah rumah atau sebesar sebuah padang bola!) dan kedalaman antara 2 hingga 14 tingkat!
|