Home

Berita Antarabangsa Dunia Astronomi

Bayang-bayang gergasi di sistem gelang Zuhal!

Submitted by shahgazer on Mon, 22/06/2009 - 10:58.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

Sesuatu yang menarik sedang berlaku dan dapat dilihat dipersekitaran sistem gelang planet Zuhal.

Menjelang pertengahan Ogos ini, orbit Zuhal akan berada di posisi equinoks. Ini bermakna, ia akan berada di kedudukan satah orbit yang separas dengan matahari. Ketika ini, sistem gelang Zuhal, jika dilihat dari matahari, akan 'lenyap' dari pandangan kerana kita sedang melihat tepat pada sisinya.

  • Read more

Fireball di Texas

Submitted by shahgazer on Tue, 17/02/2009 - 09:03.
  • Berita Luar Negara


  • Read more

Hubble meneropong Ganymede

Submitted by shahgazer on Fri, 19/12/2008 - 12:31.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

 Foto dari Teleskop Angkasa Hubble (HST) terus menerus menarik perhatian saya. Baru-baru ini, saya terbaca berita di laman web ini , yang menunjukkan bulan Musytari, iaitu Ganymede sedang terlindung perlahan-lahan oleh planet Musytari.

  • Read more

Fireball terang berjaya dirakam ... di Kanada

Submitted by shahgazer on Wed, 26/11/2008 - 11:33.
  • Berita Luar Negara

 

  • Read more

Asteroid 2008 TC3 dijangka memasuki atmosfera bumi jam 10.46 pagi hari ini!

Submitted by shahgazer on Tue, 07/10/2008 - 09:45.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

Alamak! Sebuah asteroid yang baru sahaja ditemui sedang menuju ke arah Bumi dan kebarangkaliannya untuk ia memasuki atmosfera bumi ialah 99.8% !! Asteroid yang diberi nama 2008 TC3 dijangka akan memasuki bumi pada 7 Oktober (Hari ini!) pada jam 10.46 Waktu Malaysia  di sekitar langit utara Sudan menuju ke Laut Merah, menurut kiraan Steve Chesley dari Jet Propulsion Laboratory di NASA.

  • Read more

Selesai Gerhana Penuh Matahari 2008

Submitted by shahgazer on Fri, 01/08/2008 - 19:25.
  • Berita Luar Negara
  • Gerhana, Hijab, Transit

 Sebentar sahaja tadi, baru tamat fenomena gerhana penuh matahari yang berlakudi benua China. Alhamdulillah sambungan internet agak baik sepanjang Live telecast di laman web Exploratorium.  (screenshot di sebelah)

Berdasarkan pemerhatian ringkas tadi, saya dapat simpulkan:

1. Gerhana penuh berlaku amat pantas! Tak sempat nak menghayati keindahan Corona :-) 

2. Awan muncul dan hampir-hampir menidakkan kita melihat ketika fasa penuh. Tetapi Allah Maha Berkuasa, memang nak suruh umat manusia melihat kebesaranNya, dengan mengalih awan tepat pada waktunya.

3. Kena kumpul duit untuk gerhana 2009 !

;-)

  • Read more

HARI INI! Siaran Langsung Gerhana Matahari Penuh 1 Ogos 2008

Submitted by shahgazer on Wed, 30/07/2008 - 11:56.
  • Berita Luar Negara
  • Bulan
  • Gerhana, Hijab, Transit
  • Tip mencerap

Update: 1 Ogos 2008

Jangan lupa petang nanti, pada jam 6.30 petang waktu Malaysia, siaran langsung menerusi internet fenomena Gerhana Penuh Matahari dari China!

******************

Original article

Ikuti siaran secara langsung menerusi internet, fenomena gerhana matahari penuh yang akan berlaku pada 1 Ogos 2008 (Jumaat) ini. Di antara laman-laman web yang menyiarkan siaran langsung, saya berpendapat laman Exploratorium merupakan yang terbaik sekali.

Menurut laman web tersebut, kumpulan mereka akan mencerap gerhana dari kawasan pendalaman Xinjiang Uygur, di Barat Laut China.

Siaran akan bermula pada jam 10:30-11:30 Universal Time (UT) atau bersamaan 6:30-7:30 Petang Waktu MALAYSIA pada hari Jumaat 1 Ogos ini.

Keliru dengan pertukaran waktu dunia? Klik

 

 Beberapa ahli forum Falak Online, seperti William & Kayzack, telah pun berada di sana untuk melakukan cerapan kali ini.

Jom Teropong Secara Online!

  • Read more

Rupa baru Bima Sakti

Submitted by shahgazer on Wed, 11/06/2008 - 16:55.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

 Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang.

Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya.

  • Read more

Lagi Foto Menarik Misi Phoenix di Marikh

Submitted by shahgazer on Thu, 29/05/2008 - 12:59.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

 Foto terbaru daripada planet Marikh merupakan sesuatu yang cukup bersejarah. Belum pernah sepanjang lebih 50 tahun penerokaan angkasa lepas, sebuah kapal angkasa merakam gambar sebuah lagi kapal angkasa yang sedang mendarat di sebuah planet lain. Sehinggalah Ahad lepas, apabila kamera canggih HiRISE di atas kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter telah merakam Phoenix sedang perlahan-lahan mendarat menggunakan payung terjun.

  • Read more

Phoenix Lander mengirim imej pertama kawasan kutub utara planet Marikh

Submitted by shahgazer on Tue, 27/05/2008 - 09:48.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

 Kapal Angkasa NASA Mars' Phoenix Lander telah berjaya mendarat dengan selamat di kawasan kutub utara planet Marikh pada hari Ahad lepas, setelah menjelajah sejauh 422 juta batu untuk sampai ke planet tersebut.

  • Read more
« first‹ previous12345next ›last »

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme