Berita di laman-laman web di internet sejak awal bulan ini begitu sibuk berbincang mengenai sebuah objek pelik yang ditemui pada 7 Jan 2010 lepas.
Pengumuman oleh teleskop LINEAR sebelum ini menyatakan bahawa sebuah 'komet' baru telah ditemui di kawasan orbit Asteroid Belt dan diberi nama P/2010 A2 (LINEAR) oleh IAU Minor Planet Center.

Semua orang sedang bersiap sedia menyaksikan hentaman kapal angkasa LCROSS ke atas permukaan Bulan pada 9 Oktober nanti, jam 7.30 petang waktu Malaysia.

Mengerikan! Itulah yang dapat saya ungkapkan apabila melihat sedutan gambar daripada webcam di atas puncak Mount Wilson, yang menunjukkan dengan jelas kemaraan api menuju ke persekitaran balaicerap yang berumur 100 tahun ini.
Sesuatu yang menarik sedang berlaku dan dapat dilihat dipersekitaran sistem gelang planet Zuhal.
Menjelang pertengahan Ogos ini, orbit Zuhal akan berada di posisi equinoks. Ini bermakna, ia akan berada di kedudukan satah orbit yang separas dengan matahari. Ketika ini, sistem gelang Zuhal, jika dilihat dari matahari, akan 'lenyap' dari pandangan kerana kita sedang melihat tepat pada sisinya.
Foto dari Teleskop Angkasa Hubble (HST) terus menerus menarik perhatian saya. Baru-baru ini, saya terbaca berita di laman web ini , yang menunjukkan bulan Musytari, iaitu Ganymede sedang terlindung perlahan-lahan oleh planet Musytari.