Aug
05

Air garam mungkin mengalir di atas permukaan Marikh!

Tag: marikh, misi angkasa, penemuan, blog

Siapa sangka terdapat bukti yang paling kukuh yang menunjukkan besar kemungkinan terdapat air garam mengalir di atas permukaan Marikh!

 
Saya pun tak sangka!
 
Tetapi itulah penemuan terbaru hasil pemerhatian misi angkasa NASA bergelar Mars Reconnaissance Orbiter.
 
Didapati terdapat kesan-kesan gelap berbentuk seperti unjuran jari jemari, muncul dan bergerak di celah-celah cerun Marikh. Yang menariknya ialah ia muncul pada lewat musim bunga, hilang pada musim sejuk dan muncul kembali pada musim bunga seterusnya! Musim-musim ini merujuk kepada kalendar di Marikh.
 
Alfred McEwen dari University of Arozina berkata, "Penjelasan terbaik untuk pemerhatian ini setakat hari ini ialah ia merupakan aliran air garam".
 
 
Disebalik beberapa persoalan yang masih timbul dan tidak dapat diterangkan oleh para saintis, penemuan ini merupakan yang paling hampir untuk menemui bukti kewujudan air (cecair) di atas permukaan Marikh.
 
Sebelum ini, ais telahpun dikesan di atas permukaan di kawasan berlatitud tinggi.
 
Apakah kesannya terhadap penemuan ini? Menurut Charles Bolden dari NASA, "Program Explorasi Marikh oleh NASA terus menerus membawa kami lebih dekat untuk menentukan sama ada planet merah (Marikh) ini boleh ada kehidupan di dalam bentuk tertentu, dan ia dapat mengukuhkan lagi Marikh sebagai destinasi yang penting pada masa hadapan untuk penjelahan manusia"
 
 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system