ASW.
Sedikit laporan bergambar suasana aktiviti cerap Meteor di Gopeng Fish Pond.
Petang Jumaat yang lepas, saya bersama Pak Aziz menuju deras ke lokasi cerapan Geminids di Gopeng Fish Pond, Perak.
Laluan masuk selepas tol Gopeng, membawa kami ke 'alam lain', di samping laluan celah-celah rumput setinggi pokok dan jalan yang bercabang-cabang!
Akhirnya, kami ketemu jua dengan pemandangan yang cukup indah di tapak aktiviti.


Di lokasi, Muzzamir dan DinPerak sedia menanti kehadiran kami dengan joran di tangan...

bos gopeng merenung jauh... ke kolam..
Sekali imbas, saya dapati tempat ini sungguh tenang, jauh dari hiruk piruk kehidupan kota. Di kelilingi dengan dedaun menghijau, aroma segar menyusuk kalbu, di samping kicauan burung-burung yang berterbangan..

ada orang mengidam nak makan ni...

Jalan masuk ke kawasan cerapan

Surau dan 2 buah bilik yang terdapat di lokasi.

Port kaki pancing!

Port kaki pancing, dengan kaki pancingnya sekali...

tokey ikan ...
menjelang malam, izah(chachom) & warid pula sampai. Kami pun bertemu di kedai makan untuk makan malam. Ketika itu hujan turun renyai-renyai! Hati mula resah. Pelbagai persoalan mula timbul... "alamak, hujan pulak! camne ni.. ", "pelik, kenapa hujan..walhal redzuan tak datang lagi" ... dan 1001 persoalan yang timbul

Namun, begitu menjelang 10.30 malam, langit mula terbuka kembali! Bintang-bintang mula kelihatan di celah-celah awan. Alhamdulillah.. ada peluang nampaknya..
Selepas makan, kami buat lencongan ke kawasan lombong lebih kurang 20 minit dari Gopeng Fish Pond.
Apabila sampai di sana, Subhanallah! Kami disajikan dengan ribuan bintang! Orion berdiri megah di timur, buruj Gemini mula kelihatan. Di utara, Cassiopeia mudah dilihat. Dan di atasnya, Andromeda Galaxy dapat dilihat.. cukup jelas menerusi binoculars.
Dan disitu, kami mula dapat lihat kemunculan meteor Geminids satu demi satu.
Cukup mengujakan. kawasan ini amat amat gelap, dan kami hanya lepak di tepi jalan. Agak malang, seorang pun tak bawa kamera DSLR ke situ, DinPerak je bawa kamera digicam dan berjaya juga ambil gambar Orion.. yang lain setakat tengok je la.. dan main-main laser...
Setelah puas menghampiri tengah malam, kami bergegas pulang ke Gopeng Fish Pond dan mula setup equipment...

2 buah telescope di bawa. Equinox 80mm, EQ5 Pro mount dan 10 inch Dob. dan beberapa kamera...
Cuaca pada malam tersebut (awal pagi hari Sabtu) memang marvellous! Tidak ada sekelumit awan pun! Langit dari Timur ke Selatan ke Barat dan Barat Laut memang cantik, gelap. Cuma sekitar utara dan timur laut ada glow sedikit..mungkin dari pekan Gopeng kot. Namun, memang dah lama tak tengok langit sebegini (maklumla orang KL.. )
Dan bila guna Dob 10 inci untuk tinjau-tinjau langit, barulah kembali sedar betapa "aperture rules"! Orion Nebula dengan selamba menampakkan bentuknya! Seven Sisters penuh dengan bintang. Double Cluster di Perseus senang!!
Kena upgrade ni... tak cukup 10 inci..

Kemudian, kami pun mula cari lokasi yang selesa dan mula mencerap meteor. Cuma ada 4 orang yang tak ikut program...
saya sibuk syok ambil gamba wide-field guna Canon 300D 50mm lens
Pak aziz sibuk syok setting guna EQ5, dan men-downgrade-kan equinox saya jadi guidescope..

muzzamir pun mula syok ber-DSLR.
DinPerak jumpa toy baru,, habis kami semua jadi model malam tu!
Lebih kurang 45 meteor berjaya dikira oleh mereka yang kekal setia dengan program

Not bad, ini belum peak lagi.
Menjelang Subuh, Marikh semakin tinggi, Zuhal pun mula kelihatan, Bulan pun dah terbit. Kami pun kemas barang, solat dan start tidur!!
Esok paginya, kami disajikan dengan suasana damai. Burung-burung terus berterbangan keluar dari sarang. Pak Aziz berjaya meracuni saya untuk setup Equinox dan tangkap itu burung...

pengganti Dr.Rowi.. the "Sarong Astronomer"


Pasal payah sangat nak pasang kat tripod ni..!!

alamak.... fellow UPM datang nak buat penilaianlah!! cepat..buat-buat pandai...

aiseyman, sori la Warid, saya ambil gambar silap fokus.. terfokus ke daun pula.. huhu..
Menjelang petang hari Sabtu, jumlah peserta pun makin ramai. Antara yang datang kemudian ialah Farhana, Nasir dan Fizah. Ainool dan wife, ahli baru FO, Faizal. Ahli Kelab Belia Meru pun turut hadir dengan 2-3 biji kereta.
Sebelum matahari terbenam, kami pun mula setup equipment yang ada sekali lagi..

10 sec timer photo..


Suasana langit cerah ketika matahari terbenam
Apabila malam menjelma, kami pun memulakan sesi mencerap. Saya ditugaskan oleh Muzzamir untuk bercerita sedikit berkenaan bulan bintang kepada ahli kelab belia meru. Alhamdulillah, berbekalkan langit cantik dan laser, dapat juga sampaikan beberapa cerita penglipurlara..
Namun, cuaca pada malam kedua, 50-50, dengan awan yang sekejap timbul sekejap hilang. Kami hanya dapat lihat sekitar 25 meteor (kalau tak silap la)..
Akibat keletihan , saya terpaksa surrender awal pada malam tu, sekitar jam 3 pagi. Namun, bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat menikmati langit yang cukup indah di kawasan ni..
Esok pagi.. sekali lagi aktiviti skodeng burung..

Ainool tunjuk skil...

Tangkapan of the day...

Perbincangan meja empat segi projek mega tahun 2010.. jeng jeng..


kuch kuch hota hei..
Overall, aktiviti 3d2n cukup merilekskan. Tak terlalu kalut dan sempat bernafas. Lokasi cukup bagus dan saya sokong jika ia dijadikan dalam senarai port cerap ahli FO. Maybe Muzzamir boleh bicang-bincang dengan tuan tanah.. pokok-pokok yang nak ditebang pun dah saya tandakan.. hehe
Geminids peak pada awal pagi Isnin, pemegang rekod FO kita berjaya mencerap ketika waktu puncak dari Fraser's Hill. Namun, keseluruhan saya amat puas hati dengan format aktiviti ini. Boleh dikatakan ia merupakan aktiviti penutup bagi tahun 2009.
Apa akan berlaku tahun 2010 nanti? Tunggu....
