February 06, 2012, 08:55:05 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: 1 [2] 3   Go Down
Print
Author Topic: Tontoni Kembara Gerhana di Jiaxing China!!  (Read 10923 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
zakiyah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 9

za_fc
« Reply #15 pada: July 31, 2009, 12:41:44 PM »

hari-hari duk bkk forum ni... tunggu upload gambar... setia menunggu ni... rolleyes

sabor yek.. report dah siap.. tengah upload gambar.. InsyaAllah lepas solat Jumaat siap ..  grin

wah... bgs nye... saya tgu sambil mkn rambutan kat kampung.... bgs juga upm tutup time musim buah2... grin
Logged
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 743


Email
« Reply #16 pada: July 31, 2009, 02:19:19 PM »

takper zakiyah. hasil anda akan dipaparkan.

untuk makluman semua, cik zakiyah kita telah mengambil gambar wide angle (fisheye) suasana sebelum, dan ketika gerhana di kawasan sekeliling ketika di Jiaxing. saya dah buat animated gif tp upload masuk flickr, dia convert jd still jpeg. so tk nampak animasi.

untuk yang ada internet laju, boleh lawati website flickr saya, br upload dlm 20 keping gambar ketika di Jiaxing tempoh hari. Cari set Eclipse China 2009.

http://www.flickr.com/photos/-chip-

(beberapa saat sebelum totality) siap ada panorama tu........






santai eclipse by Kak Roslina - planetarium

Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 743


Email
« Reply #17 pada: July 31, 2009, 02:21:45 PM »

Ni pula gerhana separa yang diambil ketika pertama kali langit "mumbuka dadanya" selepas totality...

Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
zakiyah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 9

za_fc
« Reply #18 pada: July 31, 2009, 02:38:44 PM »

Subhanallah cantiknya suasana ketika itu.... cheesy
trima kasih kerana bg cuba guna kamera tu.. mmg best..
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1608


shahgazer
« Reply #19 pada: July 31, 2009, 02:55:57 PM »

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Diberitakan sebanyak 6 7  pasukan (bukan 1 je )dari Malaysia telah bertebaran di China untuk

melakukan cerapan Gerhana Matahari.

1. Kumpulan NETT di 200km dari bandar Hangzhou
2. William dan kumpulan APGM 2km dari West Lake, Hangzhou
3. Tommy dan Starfinder Society di Tian Huang Ping Reserviour
4. ANGKASA di Jinshanwei
5. PFSM di Shanghai
6. Falak Online di Jiaxing
7. USM di Pulau Yangshanzhen

Secara amnya, kesemua kumpulan berusaha untuk membawa pengalaman ekspedisi gerhana kepada para peminat Falak di Malaysia. Lokasi yang dipilih adalah berbeza-beza bagi membolehkan sekurang-kurangnya ada rakyat Malaysia yang berjaya memperolehi hasilnya.

Coretan ini datang dari kumpulan bernombor 6. Inilah kisahnya....

(Awas: laporan ini ada 2 bahagian, dan 55 gambar kesemuanya. Harap bersabar tunggu loading)

Kumpulan Ekspedisi FO ke China bermula apabila kami bertolak dari LCCT pada awal pagi hari Isnin  (20 Jul). Seramai 26 peserta telah menyertai kumpulan ini.

Pada awal pagi tersebut,kami telah bertemu dengan rombongan ekspedisi dari USM, Stafinder and APGM. Kebetulan pula kami semua naik flight yang sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Hangzhou, berlaku sedikit drama apabila salah seorang daripada ahli ekspedisi kita telah dikuarantinkan!! Dengan suhu yang mencecah lebih 35 deg, saya bersama Nieda (wakil Smart Travel agent) telah keluar masuk di airport sambil bercakap ayam itik dengan pegawai lapangan terbang dan keselamatan, untuk berjumpa dengan ahli tersebut.

Setelah bersilat dengan bahasa isyarat, Nieda dapat masuk seorang, sementera saya sengih sorang-sorang dengan pegawai keselamatan di situ. Bila pegawai itu tengok saya lain macam je, terus disuruh saya tunggu di luar.

Agak malang, ahli ekspedisi tersebut telah diangkut dengan pantas ke hospital berdekatan, dalam masa tak sampai 30 minit selepas 'ditahan'.

Disebabkan kesuntukan masa, maka kumpulan kami pun terpaksa meneruskan program hari tersebut iaitu lawatan di Hangzhou, sementara wakil agent di China, Lily, dan Nieda bertungkus lumus membuat panggilan telepon untuk melepaskan 'tahanan' kami.


Sementara menunggu berita daripada 'tahanan' kami, group kami telah membuat lawatan ke West Lake, sebuah tempat perlancongan yang menarik. Sambil berjalan-jalan, kami pun sebagaimana tradisi group dari Malaysia, akan buat group foto tanpa segan silu. Buat beberapa ketika, kami semua jadi model sambil bentang banner ekspedisi kami untuk tontonan antarabangsa.

Dipendekkan cerita, menjelang 8 malam, Alhamdulillah tahanan kami telah dilepaskan. Semuanya gara-gara 'terbatuk' ketika berbaris hendak masuk ke kawasan pemeriksaan H1N1 di lapangan terbang! Moral of the story, tahan batuk masa sedang beratur!

Mungkin lepas ni, 'tahanan' ekslusif kami boleh menceritakan sedikit pengalaman semasa beliau.

wink

Kami sampai di Jiaxing sekitar 10.30 malam.


Hari Kedua di Jiaxing.


Kami mendapat tahu, terdapat beberapa lokasi yang telah digezetkan untuk aktiviti cerapan gerhana. Lily (tour guide dari China), telah membawa kami ke sebuah lokasi yang dipanggil, kalau tak silap CE Square(?).

Tempat ini amat luas dan cantik. Ia seumpama Dataran Merdeka la, cuma mungkin 10 kali lebih besar dan luas, siap dengan tasik dan sebuah stadium di seberangnya.


Foto: Lokasi cerapan, menghadap arah tasik dan stadium
Courtesy: Shah



Foto: Redzuan, Pn. Roslina dan Pn.Azreena dari Planetarium Negara
Courtesy: Redzuan


Diberitakan, sebuah majlis perlancaran aktiviti cerapan gerhana akan dibuat di sini esoknya.

Jadi, kami berpendapat ribuan orang akan memenuhi kawasan ini.


Foto: Lokasi cerapan, kawasan rasmi program gerhana
Courtesy: Shah



Foto: Lokasi cerapan, membelakangkan pentas utama program perasmian gerhana
Courtesy: Shah


Cuaca pada hari ini cukup indah! Dengan matahari terik terang benderang! Kalau gerhana berlaku padi hari ini pun, alangkah indahnya... tongue

Kami pun mula buat perancangan dan memilih lokasi yang menarik untuk dipacak peralatan kami pada hari esok.


Foto: Team dari UPM (dari kiri) Dr.Zaidan, Dr.Khamirul, Dr.Rosnita, Zakiyah, Dr.Puziah,

Fadzidah, Nik
Courtesy: Dr. Zaidan




Foto: Group foto sehari sebelum gerhana, sementara kawasan kosong lagi!
Courtesy: Dr. Zaidan



Kami makan malam di sebuah restoren muslim di Jiaxing. Kecik je restoren tu, tapi rasanya lepas kami makan 3 kali di sana, depa boleh tutup kedai.. dah untung boleh cover untuk seminggu!


Foto: Mana satu nak pilih..banyak betul menu nye... kalah kedai mamak malaysia!
Courtesy: Redzuan



Foto: Kenang-kenangan bersama tuan kedai. Jangan main-main , mereka pun ada digicam warna pink!
Courtesy: Shah



Petangnya, setelah makan malam, kami mendapat berita yang kami amat-amat takutkan! Ramalan cuaca menyatakan ribut petir pada malamnya, dan hujan pada keseluruhan keesokannya!



Foto: Awan tebal mula berarak ke Jiaxing pada lewat petang.. jeng jeng..
Courtesy: Redzuan


Masing-masing muka stress! Tapi nak buat macamana. Perancangan tetap diteruskan. Maka, pada malam tersebut, bertempat di 'bilik mesyuarat' kumpulan kami, tugasan telah diberikan kepada setiap ahli yang merangkumi hampir kesemua jenis fenomena sepanjang proses gerhana nanti.


Foto: Ahli majlis bersidang!
Courtesy: Redzuan




Mesyuarat tamat, dan kami mula pulang ke bilik masing-masing, sambil berdoa agar cuaca cerah pada esoknya. Jam 4.45 pagi, semua ahli ekspedisi perlu bersiap sedia di lobi hotel untuk ke lokasi cerapan.



4.45 pagi, Rabu 22 Julai. Hari Gerhana

Saya jenguk ke luar tingkap. Hujan dah berhenti! Bagus. Tapi nampak langit berawan. InsyaAllah Ok kot menjelang 8.30 nanti... hati saya berbisik.

Apabila semua ahli telah turun, dan peralatan bertan-tan kami diangkut ke dalam kenderaan, perjalanan menuju ke lokasi cerapan pun bermula. Lokasi Square daripada hotel adalah lebih kurang 30 minit.


Setibanya kami di lokasi, kami merupakan kumpulan yang pertama hadir! Pegawai yang bertanggungjawab untuk event di Square tersebut pun belum sampai lagi!

Dan sekali lagi kami dapat berita yang agak mengejutkan. Lokasi tepi tasik yang kami pilih semalam merupakan 'kawasan larangan' ! Semua orang yang hadir 'diwajibkan' duduk di tempat yang sudah disediakan, iaitu di tengah-tengah Square tersebut, yang mana kelihatan ribuan kerusi telah disediakan!

Alamak! Macamana ni!

Setelah buat sedikit perbincangan dengan ahli, kami pun terpaksa akur dengan arahan tuan rumah, dan mula bergerak ke arah kawasan yang ditetapkan.



Foto: Terpaksa berpindah ke lokasi yang ditetapkan tuan rumah.. alahai..
Courtesy: DinPerak



Cuaca masih mendung, tapi hujan dah berhenti. Awan agak tebal, namun pergerakannya agak laju.

Mungkin ada peluang ia berpecah dan menunjukkan sang matahari.

Kami pun mula memasang peralatan yang dibawa, seperti teleskop, kamera, video dan sebagainya.



Foto: Saya dan Dr.Rowi berkongsi mount HEQ5 Pro
Courtesy: Shah



Foto: Team Jbtn Mufti Penang, Ustaz Hardi dan Ustaz Anuar
Courtesy: Redzuan



Foto: DinPerak dengan posing profesional
Courtesy: Dr.Zaidan



Foto: Ketua Kumpulan Tour, Nieda. Tak mau kalah posing jugak!
Courtesy: Dr.Zaidan



Lokasi yang diberi agak hampir ke hadapan. 2 barisan menjadi milik group kami. Berhampiran dengan kawasan kerusi, terdapat khemah-khemah yang saya rasa pada asalnya untuk jualan, tetapi disebabkan kami datang awal, jadi terus conquer dan buat macam rumah sendiri! smiley


Foto: S.S. Dato' Mufti Pulau Pinang dan Datin sabar menunggu gerhana, dan sabar melihat

karenah kami semua.. smiley. Di belakang, ialah Lily, wakil tour guide di China.
Courtesy: Team Penang



Foto: Kampung Malaysia!
Courtesy: Redzuan




Foto: Bendera Malaysia berkibar di Jiaxing.. tapi posing tetap posing!
Courtesy: Shah



Foto: Gerai jualan telescope BOSMA
Courtesy: DinPerak




Apabila menjelang 7 pagi, semakin ramai orang yang mula datang dan memasang peralatan rakaman.

Kalau dilihat secara kasar, ada kumpulan dari Malaysia, kitaorang la tu.. 26 orang. Ada dari Filipina, Netherlands, dan mungkin dari US. Majoriti adalah penduduk dari negara China.



Foto: Sebahagian yang hadir..
Courtesy: Shah




Foto: Kumpulan dari Filipina
Courtesy: Dr. Rowi



Foto: Penat menunggu sang matahari
Courtesy: Team Penang



Foto: Dancing kejap... mujur tak de yang nak join sekali!
Courtesy: Ustz MdNor




Foto: Gaya-gaya paparazi.. Utsz MdNor dan Redzuan
Courtesy: Ustz MdNor




Foto: Dr.Rowi menjadi tumpuan, ramai pulak interview beliau pagi tu..
Courtesy: Shah



Sebelum sentuhan pertama gerhana bermula, program perasmian gerhana berlangsung di pentas utama.
Kelihatan beberapa menteri berdiri di pentas untuk upacara tersebut.


Foto: Majlis perasmian program gerhana
Courtesy: Ustz MdNor




Foto: Ufuk merah! ufuk merah!
Courtesy: Rahsia!!



Apabila tamat sahaja perasmian, tiba-tiba kedengaran orang ramai riuh rendah menjerit... matahari mula kelihatan!

Dengan sepantas kilat Ultraman Taro, kami membuka peralatan-peralatan kami untuk rakaman.



Foto: Sebaik sahaja siap pasang, tiba-tiba jadi tumpuan pulak setup ni.. wink
Courtesy: Redzuan




Sentuhan pertama hampir bermula, jadi munking kami dapat juga ambil gambar ketika itu.

Namun, tak sampai 5 minit selepas itu, awan mula tutup.

Dan tidak lama kemudian, hujan rintik-rintik mula turun!



Foto: Alamak hujan! Ani... angkat kain hujann.. jemuran dah turunnnn...
Courtesy: Ustz MdNor




Apa lagi, dengan sepantas kilat Optimus Prime, segala peralatan kami telah di'transform'kan

,menjadi tempat sidai plastik dan banner!!

tongue



Foto: Transform jadi tempat sidai plastik!
Courtesy: Dr. Rowi





Sepanjang menjelang menunggu ke Totality, hujan sekejap berhenti sekejap turun. Nampak gaya memang tak ada peluang lah nak tengok ni!



Foto: Alamak lagi lebat hujan!
Courtesy: Ustz MdNor



Foto: Lari-lari cari tempat teduh..nak duduk bawah kerusi.. jenis kerusi berlubang-lubang pulak!
Courtesy: Shah




Foto: Nasib baik group kami dah booking tempat awal-awal bawah khemah.. smiley
Courtesy: Shah



Lebih kurang 15 minit ke Totality, hujan makin lebat! Kami semua basah kuyup walaupun beri plastik sebagai baju hujan. Memandangkan tugasan utama banyak tidak dapat dijalankan, maka kami mulalah melakukan aktiviti-aktiviti sampingan.... bergambar,



Foto: Aktiviti Ko-Kurikulum...
Courtesy: Ustz MdNor




...jalan-jalan tengok orang,


Foto: Group dari Eropah ni pun tak mau kalah dengan kami, mereka buat aktiviti lari-lari, nasib baik tak de yang join..mau panjang barisan nanti..
Courtesy: Ustz MdNor


...bergambar, makan roti,

...bergambar lagi,


Foto: Lagi sekali aktiviti Ko-Kurikulum...
Courtesy: Ustz MdNor





Foto: Alamak lagi lebat hujan!
Courtesy: Ustz MdNor


Tiba-tiba kedengaran orang menjerit...

"Telur, telur..mana telur!!" uihhh.. bagus juga, sekarang waktu yang sesuai untuk buat eksperimen telus berdiri! smiley



Foto: Eksperimen wajib!
Courtesy: Shah



Maka sekali lagi lokasi cerapan group kami di'transform'kan menjadi lokasi mendirikan telur!

Kami tiba-tiba menjadi tumpuan ramai, kerana maklumlah, mesti orang lain pelik apa pulak kumpulan ini rajin sangat duduk main hujan, terbongkok-bongkok tenung atas simen.

[bersambung Part 2]
« Last Edit: July 31, 2009, 03:33:24 PM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1608


shahgazer
« Reply #20 pada: July 31, 2009, 03:08:14 PM »


5 minit sebelum totality.


Saya perhatikan suanana mendung. Tetapi kali ini bukan mendung kerana hujan semata-mata. Ia mendung seolah-olah cahaya matahari disebalik awan yang tebal itu, mula semakin malap!



Foto: Suasana awan tebal, mendung dan gelap gerhana!
Courtesy: Ustaz MdNor


Berdasarkan kiraan, ketika ini matahari berbentuk sabit yang halus. Saya cuba ingat kembali pengalaman semasa di Turki pada tahun 2006. Saya boleh katakan jika cuaca bebas tanpa awan, suasana sekeliling akan kelihatan seperti suasana jerebu, bercahaya tetapi tidak begitu kuat sinarannya.


Ribuan orang yang hadir di Square tersebut, pada awalnya agak kecewa dengan cuaca hujan dan mendung, mula memerhatikan ke arah langit. Saya dapat rasakan excitement yang mula terasa di hati masing-masing.

Saya bersama-sama Dr.Rowi dan DinPerak mula berbincang-bincang, cuba mengingat kembali pengalaman di Turki. Kami semua tahu something special is about to happen!


3 minit sebelum gerhana.


Hujan makin lebat. Aktiviti telur berdiri terus dijalankan. Namun suasana semakin mendung. Saya jangkakan, walaupun awan tebal macamana sekali pun, jika matahari berada dalam keadaan normal, ia tidak akan semendung seperti ini!

"Time!!!" jerit time keeper kami, Dr.Khamirul. Waktu mula hampir ke totality. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Peralatan kami, kebanyakkannya masih berbungkus dengan plastik.



Foto: Time Keeper kami, Dr.Khamirul sedang men-sync-kan jamnya dengan alat GPS, sambil diawasi oleh B1N1 tokey di belakang.. smiley
Courtesy: Dr.Zaidan



2 minit sebelum gerhana.


Saya teringat kembali perbincangan saya dengan Dr.Zainol (UM) ketika di Turki dahulu, beliau kata pengalaman gerhana beliau semasa di Jerman pada tahun 1999, yang mana cuaca di Jerman agak berawan nipis. Maka, ketika totality serakan cahaya matahari tetap dibalikkan oleh lapisan awan nipis tersebut, menjadikan langit agak terang.

Di Turki, langit bebas awan. Maka suasana gelap seperti jam 8 malam.

Maka, saya simpulkan jika langit berawan, besar kemungkinan suasana gelap tidak akan segelap seperti di Turki.


1 minit sebelum gerhana.


Suasana mendung begitu jelas sekali. Amat berbeza seperti jam 8 pagi tadi, yang mana walaupun mendung tetapi masih cerah. Kali ini mendung, boleh saya katakan mendung seperti selepas maghrib.

Hati saya mula berdebar-debar. Bersama-sama dengan DinPerak dan Ust Hardi (Penang), kami mula buat rakaman perbualan ala-forum sementara menunggu cuaca gelap.

30 saat sebelum gerhana.

Orang ramai mula menjadi seronok. Sekeliling semakin mendung. Saya kirakan ketika ini Diamond Ring sedang berlaku!

15 saat sebelum gerhana.


Sambil tengah buat 'liputan' forum dalam video, tiba-tiba orang ramai mula menjerit! Semua mata memandang ke arah timur, lokasi matahari berada. Dan apa yang saya lihat cukup mendebarkan....

Langit menjadi begitu mendung. Sama seperti di Turki! Alhamdulillah! Gerhana sedang bermula!

Orang ramai mula bersorak!

"Kamera! kamera!"

"Ambil gambar"

"eee... gelapnya!"

Gerhana sudah bermula....  tetapi ada lagi!!!!


10 saat selepas kejadian di atas..


Tiba-tiba saya dapat lihat satu warna hitam gelap menyelubungi langit !! Seolah-olah seperti ada orang tengah hamparkan selimut hitam di atas awan!!!


"Subhanallah!!"

Kejadian itu berlaku tiba-tiba, malah cukup untuk meremangkan bulu roma saya!

Kemudian... ia berlaku.....


Kami semua diselubungi kegelapan!

Gerhana sedang berlaku, somewhere di atas lapisan awan tersebut, Bulan sedang menutupi Matahari, menghalangi cahayanya untuk sampai ke Bumi.

Kami di Jiaxing, diselubungi sepenuhnya oleh kegelapan... dan yang paling jelas kali ini, ia jauh lebih gelap daripada di Turki.

Malah, saya dan DinPerak bersetuju bahawa gelap kali ini bukan seperti jam 8 malam, tetapi lebih tepat seperti TENGAH MALAM!!

Kami akhirnya, sedang menjadi saksi kekuasaan Allah SWT! Allahuakbar!


Suasana gelap menyelubungi Jiaxing
Courtesy: Dr. Rowi


"Subhanallah!!"

Memang lain daripada yang lain. Sukar untuk saya gambarkan kegelapan yang tiba-tiba. Walaupun dalam ceramah gerhana saya sebelum ini sering mencerita kegelapan seperti orang tutup lampu, kali ini, bukan sahaja seperti tutup lampu, tetapi seperti kami selubungi selimut hitam pekat yang tebal!






Foto: 3 keadaan berbeza saat-saat ketika gerhana.
Courtesy: Zakiyah & Redzuan


Daripada 26 orang yang berada di dalam group kami, 22 orang merupakan kali pertama merasai suasan gerhana, dan saya dapat lihat segala bentuk respon di muka mereka..

Gugup

Tercengang

Seronok

dan 1001 lagi reaksi menarik.


Sambil bergelap itu, tiba-tiba datang pula wartawan dari Guardian, yang menemuramah Dr.Rowi dan mengambil gambar kumpulan kami!





Foto: Foto berkumpulan paling riuh di Jiaxing!
Courtesy: Dr. Rowi



Detik berlalu, suasana terus bergelap.

Suasana di Square masih riuh rendah. Ribuan yang hadir di situ terus teruja dengan kegelapan yang tiba-tiba.




Foto: Suasana gelap menyukarkan kita melihat jauh. Memang macam tengah malam.
Courtesy: Ustaz Hardi & Ustaz Anuar




Kelihatan lampu-lampu jalan, dan bangunan yang jauh-jauh telah dinyalakan. Suasana sebiji seperti waktu malam.


Foto: Keadaan gelap, dengan lampu bangunan dinyalakan. Hujan terus turun.
Courtesy: Ustz MdNor




5 minit 55 saat kemudian ia pun berakhir...

Langit semakin cerah, rupa bentuk awan mula kelihatan, yang masa ketika gerhana, memang suasana langit hitam pekat. Di Timur, 'selimut hitam' tadi seolah-olah diangkat kembali.

Kami mula dapat lihat sekeliling dengan jelas, walaupun masih suasana mendung, tetapi ada cahaya untuk melihat.


Foto: Langit sedikit demi sedikit semakin cerah
Courtesy: Dr. Rowi




Foto: Gerhana berakhir. Langit sebelah timur semakin rendah. Tokey FO merenung jauh...
Courtesy: Ustaz Hardi & Ustaz Anuar




Gerhana telah pun tamat.

Gerhana terpanjang untuk abad ke-21 ini sedang melungsur ke arah timur, merentasi lautan pasifik.

Masing-masing mula menarik nafas lega. Misi selesai.

Walaupun agak kecewa tidak dapat melihat gerhana itu sendiri, namun apabila saya renungi kembali, melihat gambar dan video, memang ada hikmahnya ia mendung pada pagi itu. Kerana jika tidak hujan, kami semua mungkin tidak dapat tumpu kepada suasana sekeliling.

Saya boleh simpulkan..

1. Gerhana 5 min 55 saat di Jiaxing, terasa agak lama juga.
2. Jika cuaca mendung/hujan ketika gerhana, tetap akan merasai kesan kegelapannya, malah jauh lebih gelap berbanding cuaca elok.
3. Saya amat yakin, 'selimut gelap' yang muncul tiba-tiba di langit sebelah timur itu,ialah kesan Moon Shadow yang mengelungsur laju merentasi bandar Jiaxing.
4. Untuk ekspedisi gerhana seterusnya, kena bawak plastik banyak-banyak , takut hujan!


Saya, selaku tokey FO, dan Muzamir sebagai penyelaras program ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli ekspedisi yang mengikut pakej FO. Walaupun Allah telah mentakdirkan cuaca mendung hujan, tetapi saya rasakan pengalaman merasai suasana gerhana di bawah rintikan hujan amat unik dan fantastik.

Terima kasih juga buat Nieda dari Smart Travel yang bersusah payah tanpa mengenal penat lelah cuba sedaya upaya menjadikan trip ini berjalan lancar.

Mohon maaf juga kepada semua, kerana saya terpaksa pulang awal. Segala bantuan semua amat saya hargai dan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Sehingga ke program gerhana seterusnya.... Ring Of Fire, Annular Eclipse 2010!


Foto: ..jom .. expedition seterusnya!!
Courtesy: Dr. Rowi



Foto: Minuman kesihatan kami selama 5 hari!!
Courtesy: Dr.Zaidan



Foto: Abang Ali (tengah) tetap dengan pendiriannya! smiley
Courtesy: Dr. Rowi



Foto: "Are you OK?"  .... smiley
Courtesy: Dr. Rowi


Jika ada gambar yang tersalah courtesy, sila beritahu untuk diperbetulkan. Geng ekspidisi lain, sila-silalah tokok tambah!
« Last Edit: July 31, 2009, 03:15:37 PM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
MUZAMIR
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 319

Biar Bulan Bicara


Email
« Reply #21 pada: July 31, 2009, 03:26:34 PM »

im ok ok ok..

He.. bila terbaca laporan ni rasa macam baru je balik dari china.. biar lah apa manusia nak cakap hati ini terasa :

PUAS HATI
SYOK
MEREMANG
KENYANG
TUHAN JE YANG TAHU PERASAAN DIHATI

Bila lah nak dapat perasaan macam tu lagi...
Logged

AmiR
Jazlan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 401

www.astronomy18.blogspot.com

jazlanjaz@yahoo.com
WWW Email
« Reply #22 pada: July 31, 2009, 07:56:45 PM »

mmg dah dpt bayangkan dah betapa syoknyer tgk gerhana.....walaupun seumur hidup baru sekali tgk gerhana separa.....
Logged

Heal the world, Save the world, save the children, for the next generation.
mymoon
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 1182


Wish list comes true


Email
« Reply #23 pada: July 31, 2009, 08:07:43 PM »

mmg dah dpt bayangkan dah betapa syoknyer tgk gerhana.....walaupun seumur hidup baru sekali tgk gerhana separa.....

bermula lah dengan hadhir ke Selangor Falak Convention di SIRIM 1-2hb Ogos....bolih jumpa abang2 dan kakak2 itu live. grin

cheers
Logged

Astronomy is looking up!.......
Member of self funded astronomy group!
zakiyah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 9

za_fc
« Reply #24 pada: July 31, 2009, 10:45:40 PM »

perfect report... ... cool... nati next trip nk ikot lg......hihi
Logged
Jazlan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 401

www.astronomy18.blogspot.com

jazlanjaz@yahoo.com
WWW Email
« Reply #25 pada: August 01, 2009, 11:43:41 AM »

aku dah dtg dah konvensyen selangor tuh,,,
xnmpak pon korang ?
Logged

Heal the world, Save the world, save the children, for the next generation.
nsyahron
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 108



WWW
« Reply #26 pada: August 01, 2009, 05:44:24 PM »

Bestnya...very nice report....too bad the weather didn't play along....but looks like you guys still had fun.
Logged

ainnin
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


« Reply #27 pada: August 01, 2009, 09:02:00 PM »

mcm tau je sape yg kene kuarantin tu
hehehe... grin
Logged
Jazlan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 401

www.astronomy18.blogspot.com

jazlanjaz@yahoo.com
WWW Email
« Reply #28 pada: August 02, 2009, 09:30:07 AM »

ainnnin pon org bru  grin
Logged

Heal the world, Save the world, save the children, for the next generation.
zakiyah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 9

za_fc
« Reply #29 pada: August 03, 2009, 05:38:39 PM »

salam sesegar al khausar.... nk tny... gmbr yg lain mm mane ye nk amik... huh
Logged
Pages: 1 [2] 3   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.142 seconds with 21 queries.